mEnCaRi NuR

wahai Tuhan Yang Maha Pengasih ampunilah segala dosaku…ingin aku kembali kepada fitrah insani tak sanggupku jelajahi rimba duniawi…bebaskanlah diriku dari dibelenggu dosa noda nafsu durjana…

Warkah untuk mama… May 23, 2010

Filed under: my destiny — zaihanadya @ 2:25 pm

Assalamualaikum…
Kehadapan Mama tersayang…malam ini aku tidak merasakan seperti malam2 yang lain…hati ini terasa luluh,pilu dan sayu mengenangkanmu Mama…Putaran lagu Buatmu Ibu dendangan Aeman menusuk2 kalbuku…Aku rindukan dirimu Mama…Aku tidak tahu mengapa semakin aku menginjak dewasa aku semakin terasa jauh darimu…mungkinkah kerana hadirnya insan2 lain dalam hidupku?Aku tidak mahu itu terjadi Mama…Hinanya aku…kasih terhadapmu kian jauh tatkala hadir insan2 lain…tapi dirimu Mama tulus disitu tetap mencintai aku malahan makin bertambah dari hari ke hari…

Mamaku tersayang,
Aku tak mahu jadi anak yang xmengenang jasa…Aku xmahu jadi anak yang xtahu diuntung…Aku xmahu jadi anak derhaka…Mama…Bila aku terlihat di nesan arwah babah tercatit tarikh kematiannya 10 Julai 1986…dan tarikh kelahiranku 11 Julai 1986…Apakah itu Mama?Tabahnya dirimu melahirkan aku bersendirian tanpa suami disisi…Dirimu dirundung kesedihan namun kau gagahkan diri berjuang demi sebuah kelahiran…Kau bersendirian membesarkanku…Penuh kasih sayang…penuh perhatian…Terlalu sempurna kasih syg yg kau berikan buatku mama…Berbekalkan kebolehan membuat kuih-muih dan nasi lemak kau berhempas pulas mencari sesuap nasi demi anakmu ini…Biar dirimu berlapar,biar dirimu berhujan, berpanas asal anakmu sempurna…Mama mengapa dirimu begitu cekal mengharungi hidup demi anakmu yang sering melukaimu…Ampuniku mama…Besarnya pengobananmu Mama…

Mamaku tercinta,
Kini aku menginjak dewasa…Alam persekolahan telah aku lalui,alam remaja telah melewatiku…Aku semakin dewasa…Telah banyak cinta yang telah aku temui…terkadang cinta itu membuat aku jauh darimu Mama…Ampunkan aku Mama…Namun cinta yang aku temui xsetulus cintamu Mama…Pengorbananmu xternilai…Mama kau ampunilah dosaku yang pernah menghiris hatimu,yang pernah mengecewakanmu dan yang pernah melukakanmu…

Mamaku tersayang,
Bila aku kenang kembali masih banyak lagi janjiku yang xtertunai untukmu Mama…Aku ingin membahagiakanmu Mama…Aku ingin membawa dirimu ke tanah suci…Aku ingin selamanya disisimu…Mama aku teringat lagi tatkala aku didapati mnghidap denggi, kerisauanmu bukan kepalang…Namun berkat kasih sygmu,usapan cinta yang kau berikan,ketulusan hati kau menjagaku menyembuhkanku…Aku terlalu rindukan usapan kasih sygmu Mama…

Mamaku yang tercinta,
Diketerbatasan waktu ini ingin aku mengakui betapa aku sayang padamu…Tiap hari doaku ada untukmu…Aku tahu perasaan sygku xdapat menandingi perasaan sygmu padaku kerana hatimu begitu tulus…Mama terima kasih untuk semuanya…Mama aku terlalu rindukanmu…Ya Allah semoga Kau memberkati hidup Mama di dunia dan di akhirat nanti…Mama anakmu ini terlalu sygkanmu…ampuni aku…

 

Long journey… March 2, 2010

Filed under: my destiny,nurani — zaihanadya @ 3:37 am

Dah lame sgt x update blog mencari nur nie…ingat lagi mase mule2 buat blog nie…huhu byk sgt kenangan dulu2…mase 2nd year dgree thn 2007…xsangke pejam celik da hampir 3tahun berlalu cepat sgt mase nie n dalam mase 3thn 2 pun byk sgt pkare yg dah dlalui…pngalaman byk mengajar hidup kite…Allah temukan kite dgn insan2 dan pkare2 yg tjadi semua ade hikmahnye…bile direnung kembali terlalu byk hikmahnye…hidup ni pon mcm roda…dah nampak sgt da pkare yang pernah aku lakukan terhadap insan lain terkena balik pade dri sndiri..lumrah alam…n pengajarannye buat baikla sesame insan…xrugi pon..mase trus berlalu dan sekarang aku semakin dewasa…xlame lagi akan menempuh alam rumah tangge pulak…makin besar tanggungjawab…hidup ni harus selalu bersedia…berusaha jadi yang terbaik dan bertawakal atas usaha yang dah kite lakukan…smoge segalanya akan berjalan lancar…Amiin…ermmm sebenarnye mcm byk lagi nak ckp tp xpela buat mase skrg stakat ni jela dulu…anyway nak share lagu mentari hidup dr Haikal…best sgt…

Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian

Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan

Dosa yang aku lakukan

Menerjah ruang fikiran

Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini

Tanpa cahaya Ilahi

Baru kini kusedari

Jalan yang aku lalui

Memusnah pedoman hidup

Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dari-Mu

Memandu hamba-Mu menuju iman

Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu

Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu

Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri

Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih

Bantulah hamba-Mu ini

Yang kian terumbang-ambing

Di dalam arus duniawi

Kuberdoa kepada-Mu

Memohon limpah rahmat-Mu

Mentari hidupku kan bersinar kembali

 

DoA… April 20, 2009

Filed under: sharing is caring — zaihanadya @ 1:47 am

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.” Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya: – Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19) Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) – Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat. – Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim) Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim) – Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya: “Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40) Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu. Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan. – Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim). Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda: “Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini. Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar. Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

Tazkirah Remaja: Waktu mustajab berdoa Bersama Mohd Zawawi Yusoh(METRO)

 

Kembali… March 12, 2009

Filed under: nurani — zaihanadya @ 3:27 am

Baru semalam aku girang bersama kasihMu,

Menganyam sejadah cinta,

Mengulit kembali tasbih pengharapan,

Membuang jauh-jauh palitan noda dan dosa,

Mencari sebuah nur kebahagiaan yang abadi,

Merawat hati yang tandus dan kelam,

Hanya untuk bersamaMu Ya Rabbi…

Namun hari-hari yang kulalui,

Terasa semakin berat, semakin tandus,

Bila aku ingin mendekatiMu,

Mungkin inilah tarbiyah terhebat buatku,

Kau mahu aku selalu tahu,

Bahawa Kau menyayangi aku,

Dugaan inilah tarbiyah terindah buatku,

Aku tahu Kau mahu aku lebih tabah,

Lebih matang dan lebih kuat,

Untuk harungi hari-hari ku yg mendatang…

Diketerbatasan waktu ini Ya Allah,

Aku mohon dekatkanlah hatiku padaMu,

Temukanlah aku dgn insan-insan yang dekat dgnMu,

Supaya aku lebih tahu Kau selalu ada untukku,

Aku ingin kembali padaMu Ya Rabbi…

 

 

Memang Allah sengaja… February 26, 2009

Filed under: cinta Ilahi — zaihanadya @ 6:46 am
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…
PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..
*petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January
Islamic Friendship Society (IFS)
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh
(amik dari blog azrul hisyam)
 

Hadiah dariMu… February 25, 2009

Filed under: nurani — zaihanadya @ 1:57 am

Teriakku semalaman,

Menangisi kealpaan diri,

HidayahMu Ilahi acap kali menerpa diri,

Namun mengapakah diri masih belum menyedarinya?

Adakah hati ini telah tertutup utk semua itu,

Aku tahu Ya Allah Kau rindukan rintihanku,

Aku tahu Ya Allah betapa kau mencintai aku,

Aku tahu Ya Allah betapa Kau mahu aku dekat padaMu,

Ya Allah…

Di keterbatasan waktu ini,

Diam-diam aku berdoa,

Kuatkanlah hati hambaMu ini,

Bukakanlah seluas-luasnya lorong hati ini,

Menerima hadiah istimewa dariMu Ya Allah,

Aku ingin sekali kembali padaMu Ya Allah,

Mengisi ruang-ruang kalbu yang telah sekian lama kosong,

Aku ingin sekali menelusuri jalan-jalanMu Ya Allah,

Jalan yang ada hanya buat insan yg terpilih,

Aku rindukan kedamaian abadi,

Ya Allah aku merintih sayu,pilu

Penuh pengharapan agar Kau sentiasa membuka pintuMu,

Buatku insan yang terlalu rindukanMu…

Ya Allah aku tahu Kau mendengar hati ini,

Kau tetapkanlah pendirianku menuju redhaMu…

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin…

 

Tabahkah aku? February 24, 2009

Filed under: my destiny — zaihanadya @ 1:50 am

Keheningan pagi membawa aku ke lembah baru,

Pagi ini aku bangkit dgn sejuta keazaman,

Kelmarin yang gusar hanya tinggal kenangan nan abadi,

Aku mahu segalanya damai,

Tapi siapakah aku untuk menentukan semuanya?

Hanya insan kerdil yang xpunya apa

melainkan milik Allah semata-mata,

Sepanjang malam ku merenung ke dalam diri,

Mencari apa pun ku x pasti,

Cuma yang ada segenggan ketabahan

Utk menghadapi esok yang mendatang,

Cinta itu harus ku korbankan,

Demi mencapai sebuah kebahagiaan yang abadi,

Aku tahu inilah yang terbaik buat diriku,

Terima kasih Allah atas dugaan ini,

Kau berikan aku tarbiyah yg terbaik,

Untuk aku menjadi lebih matang,

Untuk aku merobohkan dinding egois yg kian menebal,

Untuk aku lebih mengenal siapa Engkau dan siapa aku,

Dalam diam kupanjatkan doa ini,

Agar Kau berikan kebahgiaan buat dia insan yg byk mengajarku,

Erti hidup,erti cinta,erti bahagia abadi dan erti ketabahan,

Ya Allah kepadamu aku memohon,

Berikanlah aku ketabahan dalam menelusuri hari-hariku,

Bersihkanlah hati dan jiwaku Ya Rabbi,

Temukanlah aku dengan teman-teman sejati

yang bisa membawaku ke jalanMu,

Terima kasih Ya Allah atas dugaanMu ini,

Terima kasih Ya Allah atas ketabahan ini,

Terima kasih Ya Allah….

Terima kasih Ya Allah….

doa18

~terima kasih buat teman tersayang Qurratu ‘Aini Adibah luv u fillah~

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.